Sesi perkongsian maklumat bersama En. Mohd Hafiz Hassan
En. Dennis sedang memberikan penerangan, manakala Hamimah menjadi model...
Taklimat Call Centre dari En. Razila
Sesi bersama Akak Kamshila
Pada 8hb September yang lalu, CMD menerima kunjungan 7 orang penuntut dari Fakulti Pengurusan Pejabat, UITM Shah Alam.
Tujuan kedatangan mereka adalah untuk berkongsi pengalaman disamping membuat kajian secara ilmiah mengenai kaedah pengurusan data pelanggan yang berada dibawah pengawasan CMD.
Mereka telah dibawa untuk meninjau perjalanan operasi Call Centre, pusat penyimpanan data dan penerangan kaedah pengurusan data telah turut diberi oleh Pn. Kamshila. En. Razila telah memberikan penerangan mengenai perjalanan Call Centre dan En. Dennis telah menerangkan tentang operasi dan perjalanan NAZA MOTOR dan NAZA CORPORATION.
Akhir sekali mereka telah bertemu dengan En. Hafiz sebelum bersurai. Banyak nasihat dan idea bernas dari En. Hafiz yang telah disampaikan kepada mereka.
Hampir terlupa, semasa nak balik, mereka sempat bergambar di Showroom NAZA MOTOR, bukan main lagi... Hafizolah yang menjadi cameramannya...
ACI SESONDOL
220907 Kg. Baru
No comments:
Post a Comment