Saturday 29 September 2007

Jemputan MERDEKA - 30 Ogos 2007

Sempena Merdeka dan perpisahan SHAM maka kami menganjurkan majlis makan-makan yang dikenali sebagai Jemputan Merdeka.

Kami bawakan gambar-gambar pembikinan majlis Jemputan Merdeka tersebut;


agaknya boleh tak aku tuppow hari nie...

Sedap tu! ada kuah kacang lagi...

Mim dan Emma berganding mesra

Emma menunjukkan bakatnya yang tersembunyi...

Fizo and Sebash hand-in-hand on final preparation

Nizam cam biasa, kerjanya mengacau orang.. dan kalinie Fizo plak yang menjadi mangsa

ACI SESONDOL
280907 Kg. Baru

DIBALIK TABIR








Gambar nie saja kita tak release awal, tak nak menggangu perjalanan majlis pelancaran nanti.

Sebelum pelancaran New Optima dan Spektra 5, nielah budak-budak yang terlibat didalam menyediakan fail untuk Press.

Bukan senang nak dapatkan si Seypol duduk bersebelahan dengan si Sebash, dan bukan senang nak dapat dia balik lepas jam 6.

Aci Sesondol
290907 Kg Baru

Saturday 22 September 2007

TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA - Putra Place


Nak pegi minum pun tak boleh, posa - Sdr. Zulkifli dari Tech. Dept NKSSB


Nak masuk pun tak boleh, dah penuh - Bro. Mus dan Mr. Shamsul - NKSSB


Dalam Mahkamah Tribunal - duduk betul-betul belakang Customer

Penantian satu penyeksaan.

Hari Jumaat. Pendengaran jam 10.30. Ketika kami tiba, pendengaran tuntutan dari jam 9.00am masih belum berakhir. Kami terus menunggu sehingga jam 12.45, namun tidak ada sebarang tanda positif, kami terpaksa memaklumkan kepada Tuan Presiden kami mohon perbicaraan ditangguhkan ke waktu petang untuk urusan solat Jumaat. Tuan Presiden dan penuntut membenarkan permohonan kami.

Jam 3.00pm, kami mulakan perbicaraan - keputusan adalah adil dan saksama, kami akan memeriksa kenderaan penuntut dan memberikan anggaran pembayaran kepada beliau dalam masa terdekat.

ACI SESONDOL
220907 Kg. Baru

CMD - Centre of Knowledge


Sesi perkongsian maklumat bersama En. Mohd Hafiz Hassan


En. Dennis sedang memberikan penerangan, manakala Hamimah menjadi model...


Taklimat Call Centre dari En. Razila


Sesi bersama Akak Kamshila

Pada 8hb September yang lalu, CMD menerima kunjungan 7 orang penuntut dari Fakulti Pengurusan Pejabat, UITM Shah Alam.

Tujuan kedatangan mereka adalah untuk berkongsi pengalaman disamping membuat kajian secara ilmiah mengenai kaedah pengurusan data pelanggan yang berada dibawah pengawasan CMD.

Mereka telah dibawa untuk meninjau perjalanan operasi Call Centre, pusat penyimpanan data dan penerangan kaedah pengurusan data telah turut diberi oleh Pn. Kamshila. En. Razila telah memberikan penerangan mengenai perjalanan Call Centre dan En. Dennis telah menerangkan tentang operasi dan perjalanan NAZA MOTOR dan NAZA CORPORATION.

Akhir sekali mereka telah bertemu dengan En. Hafiz sebelum bersurai. Banyak nasihat dan idea bernas dari En. Hafiz yang telah disampaikan kepada mereka.

Hampir terlupa, semasa nak balik, mereka sempat bergambar di Showroom NAZA MOTOR, bukan main lagi... Hafizolah yang menjadi cameramannya...


ACI SESONDOL
220907 Kg. Baru

SELAMAT BERPUASA


Gambar Hiasan - Elakkan dari bersangka buruk dan prasangka


Gambar Hiasan - Tidur disiang hari untuk membolehkan bangun dimalam hari


Seluruh wargakerja CLIENT MANAGEMENT DIVISION mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh kakitangan NAZA dan pelanggan yang beragama Islam. Semoga Ramadhan ini memberikan kita peluang untuk memperbaiki diri dan menambah amalan.

Aci Sesondol
220907 Kg. Baru

Mengalu-alukan Cik Norhayati Mohd Isa




Dikesempatan ini kami turut mengalu-alukan Pegawai Khidmat Pelanggan kami yang baru turut serta - Cik Norhayati Mohd Isa, untuk makluman beliau tidak ada langsung kena mengena dengan pegawai kami yang sedia ada - En. Md. Nizam Isa.

Yati sebelum ini telah bertugas di sebuah syarikat pengangkutan terkemuka tanahair juga didalam bidang khidmat pelanggan.

Pemastautin tetap Shah Alam ini diharapkan dapat memberikan komitmen dan jiwa raganya bagi menggerakkan CMD nanti. Seperti biasa, tiada nasihat lain daripada kami selain daripada hati-hati dengan Nizam.

Selamat bertugas Yati.

ACI SESONDOL
220907
Kg. Baru

IMA - The New Receptionist..


Terlupa pulak kami nak updatekan kedatangan orang baru didalam department kami. Ye, siapa lagi kalau tidak anak mami benang (bukan jarum) yang senantiasa menunggu kedatangan pelawat / pengunjung ke tingkat 7.

Beliau ialah Cik Halimatun Sa'adiah Bashri atau dikenali dengan nama mesranya "Ima". Penduduk Cheras ini mempunyai latarbelakang IT yang mantap disamping pernah terjebak menjadi pensyarah IT di sebuah institusi di ibukota dan bermacam lagi pekerjaan yang pernah diceburinya...

Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Bertugas kepada Ima dan mengharapkan yang terbaik dar beliau.

ACI SESONDOL
220907 Kg. Baru

Wednesday 19 September 2007

KAU PELEGI JUA





Akhirnya Sdr. Shamsul Annuar Zainuddin meninggalkan juga CMD setelah susah payah bersama mengharungi segala keperitan berpindah randah dalam membangunkan CMD.

Sdr. Shamsul yang lebih dikenali sebagai "Sham Topup" menyertai NAZA pada 1 April 2003, beliau sebelumnya berkhidmat sebagai Customer Service Officer di ASTRO.

Sepanjang berada di NAZA, banyak suka duka yang ditempuh bersama, antaranya ialah operasi pemindahan CMD ke Tingkat 7, Pelbagai pelancaran model-model kereta NAZA, saat kegentingan spare part, Majlis Asmaul Husna dan Majlis Raub.

Sdr. Sham juga terlibat aktif didalam sukan badminton dan beliau turut mewakili NAZA dalam beberapa pertandingan yang diadakan.

Pastinya ketiadaan beliau amat dirasai, terutamanya oleh Makcik Tingkat 7 - "She.. ade? Nak beli topup"

"Taaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak jugaak"

ACI SESONDOL
190907 Kg Baru

Thursday 13 September 2007

HAJI MUSTAFFA MENINGGALKAN NAZA




HAJI MUSTAFFA menamatkan kariernya sebagai Pengurus Sumber Manusia bagi tiga buah anak syarikat NAZA iaitu NAZA KIA Sdn. Bhd., NAZA KIA SERVICES Sdn. Bhd. dan NAZA CORPORATION Sdn. Bhd. pada 6hb September yang lalu. Sepanjang beliau berkhidmat di NAZA, pelbagai program, aktiviti dan penambahan telah berjaya beliau aturkan yang kesannya amat terasa kepada seluruh warga NAZA. Warga CMD mengucapkan selamat maju jaya kepada Haji Mustaffa dan mendoakan agar beliau terus istiqamah dalam kariernya dan sentiasa mengekalkan hubungannya dengan kami.

"CONTINUOUS IMPROVEMENT"

Aci Sesondol
130907 Kg. Baru

Thursday 30 August 2007

TEKA KATA 2



Apalah pulak yang dikatakan oleh mereka berdua ini?

Sila masukkan dialog di ruangan komen.

Aci Sesondol
300807 Kg Baru

Bulan Kemerdekaan


Pameran lukisan ini akan berlangsung sepanjang bulan Ogos 2007


Pandangan dari sudut 145 darjah fahrenheit


Pekerja Import warga Bangladesh turut kagum dengan mutu lukisan yang dipamerkan


Kami meraikan kemerdekaan dengan menganjurkan Bulan Kemerdekaan CMD, dimana setiap tenaga kerja CMD diminta untuk melukis gambar potret mana-mana Perdana Menteri Malaysia.

Tak sangka begitu ramai yang berbakat melukis dan merungkis (merosakkan apa yang elok)walaupun ada beberapa gambar yang boleh dipertikaikan keserasiannya dengan tokoh yang dipilih.

Namun, kami mendapati semua lukisan adalah asli dan tidak ada yang mendapat khidmat dari pelukis di Central Market.

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN YANG KE 50.

MALAYSIAKU GEMILANG.


Aci Sesondol
Kampung Baru 300807

Monday 20 August 2007

Pertandingan TEKA kata


Pertandingan TEKAkata
(Baca ikut slang Indonesia)

Apa khabar Kampung Baru?
Apa khabar Jakarta?

Mudah sahaja, yang pertama, para peserta mahu ikutserta harus berhati beneer.

Yang kedua, fikirkan yang enak-enak saja deh…

Yang ketiga, bulatkan tekad dan naah… teruskan menjawabnya udah..

Senang bangat bukan?

Yang akhir sekali…

Kami butuhkan respons ada pada kolum komen. Ingat ya! Kami perlukan reaksi bukan ereksi…

ACI Sesondol
200807 Kg. Baru

Lagi Gambar Pelancaran New Optima & Spectra 5


"Yang Berhormat Dato Seri Rafidah Aziz"

"Tan Sri Dato Seri Utama SM Nasimuddin SM Amin"

Success Launching

This is what you call good shot or good short?

Wooo...Brader..janganlah serius sangat..

Tan Sri pun ada gelak-gelak

ACI SESONDOL
200807 Kampung Baru

Ushrewati dan Usherewan

Sempena Pelancaran New Optima & Spectra 5 yang baru lalu, beberapa orang kakitangan NAZA telah secara sukarela menjadi ushrewati dan usherewan, berikut adalah gambar-gambar mereka:-


Shila + Hanim + Farah


Ushrer Misteri dan Usherewan Khairul


Adik-adik Dealer Operation


Kak Pah + Adik Manis


Aci Sesondol
2000807 Kg. Baru

Friday 17 August 2007

LAUNCHING OF NEW OPTIMA AND SPECTRA 5

Hafizonizam (Aci Engkol) and Mr. Shahrim
Mr. Hafiz and D' Managers

Shiela, Awek Misteri #1, Hanim, Farah and Awek Mister # 2


Where are the CMDians during the launching...
Aci Sesondol
170807 Kg. Baru






Wednesday 15 August 2007

MENCARI MAK BUDAK HILANG - TANPA BERITA


TERGEMPAR

Kami ingin mendapatkan maklumat dimanakah menghilangnya Puan Liza, pegawai penyambut tetamu CMD yang sepi tanpa berita hingga kini. Sebarang berita berkenaan beliau amatlah kami hargai.

Sekiranya beliau ada membaca artikel/rayuan ini, sila hubungi kami dan berbincang secara baik, kami pastinya akan merestui pemergian beliau.

Apapun, kami mengucapkan Bon Voyage dan Good Luck kepada beliau. Pulanglah nak, mak amat merindui kamu... (lagu latar Pulanglah - Misha Omar)

Kemanakah kau LIZA....


Aci Sesondol

Tuesday 14 August 2007

EVENT HAPPENING IN LAST WEEK OF JULY 07


Kalau korang nak tahu camne barang sparepart diangkut ke service centre - ha pakai lori nielah...


Lori nie dipandu oleh budak services gak - selamba badak je tipu... hahahahah


Ini adalah antara cara nak tarik budak-budak bujang attend mesyuarat - bagi makan free... akakakakakaka

ACI Sesondol
Kg. Baru

PRODUCT KNOWLEDGE - NAZA SORENTO bersama Abang Muss


Nampak sangat tak menumpukan perhatian... budak berdua nie..


ECU tu kecik je... cam...


Leen kelihatan kagum dengan kecutean Abang Muss

NAZA - KUASA YANG MENAKJUBKAN

ACI Sesondol
Kg. Baru