Monday 30 July 2007

TEMA "KAD PERAKAM WAKTU" UNTUK OGOS 2007

Seperti biasa, tema Kad Perakam Waktu bagi bulan Ogos 2007 tidak lari dari meraikan Kemerdekaan Malaysia yang ke 50 - cuma kali ini, ianya diraikan dengan negara-negara lain yang turut meraikan kemerdekaan mereka dalam bulan Ogos juga.

Disertakan bersama-sama ini senarai negara-negara yang turut mendapat kemerdekaan mereka pada bulan Ogos:-

JAMAICA - Hari Isnin pertama dalam bulan Ogos
BENIN - 1 Ogos
BURKINA FASO - 5 Ogos
IVORY COAST - 7 Ogos
BHUTAN - 8 Ogos
SINGAPORE - 9 Ogos
EQUADOR - 10 Ogos
PAKISTAN - 14 Ogos
REP. OF CONGO - 15 Ogos
BAHRAIN - 15 Ogos
INDIA - 15 Ogos
CYPRUS - 16 Ogos
GABON - 17 Ogos
INDONESIA - 17 Ogos
AFGHANISTAN - 18 Ogos
ROMANIA - 23 Ogos
URUGUAY - 25 Ogos
BELARUS - 25 Ogos
AZERBAIJAN - 30 0gos
TRINIDAD & TOBAGO - 31 Ogos
MALAYSIA - 31 Ogos

Jadi... bila anda check kad perakam masing-masing, dan tak tahu negara mana... teka ajelah yang mana satu daripada senarai diatas.

ACI SESONDOL 300707
Kg. Baru

KENANGAN GLORY BEACH - Siapakah SIAPA


Cuba tunjuk SIAPAkah yang order "Kuew Teow Bakar"...


SIAPAkah yang obvious sungguh mandi dikolam untuk bebudak?


SIAPAkah yang tiba setelah semuanya selesai?


SIAPAkah yang tidak memandu kereta NAZA?


SIAPAkah yang belum berpunya?


SIAPAkah yang Lebih COMEL...

Aci Sesondol 300707
Kg. Baru

Tuesday 24 July 2007

AYAT POWER

AYAT POWER...

Apa dia "Ayat Power" nie...

Ayat Power merupakan satu budaya (culture) CMD yang tidak diketahui oleh ramai orang di organisasi NAZA nie... culture kami ada banyak, ini adalah satu daripadanya..

Setiap hari kakitangan CMD akan berhadapan dengan pelanggan yang pelbagai karenah, justeru itu, kami kenalah menjaga setiap tutur kata percakapan kami agar ianya tidak terlalu emosional, juga ianya mestilah penuh beradab, ada PR, sopan santun, tidak menyakitkan hati, tidak membantah, tapi dalam setiap ketika, perbualan ini haruslah dilakukan dengan penuh profesional.

Namun dalam pada itu, adakalanya lidah itu akan termengeluarkan kata-kata yang cukup unik dan tersendiri - dikala itulah teman-teman yang lain akan memetik kata-kata yang disebutkan tadi semahu-mahunya....

Kurang faham? Nie antara contohnya:-

1. PIDO - Kalau ada masa lapang, kita boleh mandi manda di PIDO (Port Dickson).

2. KEOW TEOY BAKAR - Kalau dah sampai PIDO kita bolehlah makan KEOW TEOY BAKAR - (sepatutnya goreng)

3. Siapa nak pegi PIDO kena CONCHEMkan (confirm) dulu kehadiran mereka.

4. Kena bagi nombor FLAT kereta masing-masing (plet).

5. Selewat-lewatnya PENTANG (petang) nie.

6. 2 TALUN lepas kita pegi Pulau Pinang, TALUN (tahun) nie PIDOlah pulok.

7. Ke PIDO nanti, kalau lapar bolehlah bawak BUAH PAU (Kuih Pau)

8. Tapi kita kena check kereta terutamanya TRANSFER GOT (Transfer Box)

9. Apapun kita mesti dapatkan SHINE (sign) chief sebelum pergi...

10. Nak pegi naik apa? Naiklah NAZA SUPER DIVO (NAZA SPORTIVO)...


Ada aku kata?

ACI SESONDOL
Kg. Baru 240707

Thursday 12 July 2007

Hanim joints CMD

We would like to welcome Hanim our new CSO to the CMD.

Wishing you all the best and waiting for your "first ayat power" to enrich our present CMD Glossary.

Aci Sesondol
Kg Baru