Tuesday, 24 July 2007

AYAT POWER

AYAT POWER...

Apa dia "Ayat Power" nie...

Ayat Power merupakan satu budaya (culture) CMD yang tidak diketahui oleh ramai orang di organisasi NAZA nie... culture kami ada banyak, ini adalah satu daripadanya..

Setiap hari kakitangan CMD akan berhadapan dengan pelanggan yang pelbagai karenah, justeru itu, kami kenalah menjaga setiap tutur kata percakapan kami agar ianya tidak terlalu emosional, juga ianya mestilah penuh beradab, ada PR, sopan santun, tidak menyakitkan hati, tidak membantah, tapi dalam setiap ketika, perbualan ini haruslah dilakukan dengan penuh profesional.

Namun dalam pada itu, adakalanya lidah itu akan termengeluarkan kata-kata yang cukup unik dan tersendiri - dikala itulah teman-teman yang lain akan memetik kata-kata yang disebutkan tadi semahu-mahunya....

Kurang faham? Nie antara contohnya:-

1. PIDO - Kalau ada masa lapang, kita boleh mandi manda di PIDO (Port Dickson).

2. KEOW TEOY BAKAR - Kalau dah sampai PIDO kita bolehlah makan KEOW TEOY BAKAR - (sepatutnya goreng)

3. Siapa nak pegi PIDO kena CONCHEMkan (confirm) dulu kehadiran mereka.

4. Kena bagi nombor FLAT kereta masing-masing (plet).

5. Selewat-lewatnya PENTANG (petang) nie.

6. 2 TALUN lepas kita pegi Pulau Pinang, TALUN (tahun) nie PIDOlah pulok.

7. Ke PIDO nanti, kalau lapar bolehlah bawak BUAH PAU (Kuih Pau)

8. Tapi kita kena check kereta terutamanya TRANSFER GOT (Transfer Box)

9. Apapun kita mesti dapatkan SHINE (sign) chief sebelum pergi...

10. Nak pegi naik apa? Naiklah NAZA SUPER DIVO (NAZA SPORTIVO)...


Ada aku kata?

ACI SESONDOL
Kg. Baru 240707

No comments: